Tuesday, August 10, 2010

Outdoor Nurul & Syam - Taman Tasik Taiping

Ujan sudah mula reda.
Alhamdulillah, ada rezeki kitorang utk mengabadikan gambar pasangan pengantin ini di sekitar Lake Garden.
Peluang ini tidak kitorang sia-siakan.


Ramai rupa2nya pasangan RAJA SEHARI yg lain shooting kat sini lepas2 ujan dh reda. Mgkn dorang pun seperti kami menunggu ujan reda utk bergambar kat situ, hehe.


Usah lepaskan peluang menggunakan perkhidmatan fotografi kami;

Sunday, August 8, 2010

Outdoor Nurul & Syam - Muzium Perak

Petang tu, masa nak keluar gi outdoor..hujan telah turun agak lebat jugak laa.
Hati kitorang berdua mula gusar dh ni. Mana ler tempat nak cari utk outdoor??
Akhirnya, kitorang gi Muzium Perak aje laa.

Kalo lepas2 tu cuaca mengizinkan..baru kitorang akan ke tujuan asal iaitu di sekitar Taman Tasik Taiping.


Indoor ada gak 2-3 foto, hehe.
Pakcik Guard pun dh bg lampu hijau...siap mencadangkan lagi tempat2 menarik utk shoot gambo pengantin kat dalam tu, hehe. Kitorang pun tak lepaskan ler peluang keemasan tu, ngee.


Alhamdulillah, walaupun ujan..segalanya berjalan dgn baik.
Tatkala hati kitorang masih meronta2 utk abadikan gambar pasangan tersebut di kehijauan alam Taman Tasik..Alhamdulillah, ujan sudah renyai2.

Ikuti sedikit sebanyak gambar2 outdoor Nurul & Syam pada n3 selepas ni..hehe..


Friday, August 6, 2010

Majlis Persandingan Nurul & Syam

Ramai para tetamu yg hadir pd majlis persandingan mereka ini. Manakan tidak..bapa pengantin perempuan merupakan Ketua Kampung tersebut..hehe.

Makanan pun..pelbagai. Selain nasik minyak dan aneka lauk-pauk..terdapat jugak bihun sup, buah duyan, keropok, cucur udang panas, woo!!
Air minuman berjenis2. Ada air tebu, cendol, air jagung dan berbagai lagi laa.

Uii..syahdunya mengucup tangan suami, hmm.

Saudara mara Nurul ni pun ramai. Amek gambar family dorang..penoh keliling pelamin ni. Tp aku tak masukkan pulak gambo tu, hehe. Tak resize lagi..ngee.

Bergambar dlm bilik ler pulak. Sedangkan tetamu kat luar sebok dok pekena buah duyan, sedapnya!!..hoho..


Ok...sekiranya anda berminat dgn perkhidmatan fotografi kami..bolehlah menghubungi;

Wednesday, August 4, 2010

Majlis Pernikahan Nurul & Syam

Kg. Repoh, Batu Kurau
Taiping...

Alhamdulillah, majlis pernikahan mereka telah berlangsung sebaiknya.

Semoga jodoh mereka berdua selamanya...Amin

Monday, August 2, 2010

Outdoor Maton & Fairuz

Alhamdulillah. Misi penggambaran di luar pintu ini berjalan dgn lancar dan jayanya walaupun pd hari itu sgt ramai pasangan pengantin turut mengabadikan gambar mereka di sekitar Taman Tasik Taiping.


Sekiranya berminat dgn perkhidmatan kami..sila hubungi;